Sejarah Anak Pandak
Memelihara Anjing
Kami di kampong kebanyakannya memelihara anjing. Di rumah teman di Changkat Petai kadangkala sehingga tiga ekor anjing kami pelihara pada satu masa.
Banyak faedahnya kami memelihara anjing.
Sekurang-kurangnya lebihan makanan kami tak membazir. Kami berikan pada anjing. Kami tak bagi anjing kami makanan lain selain dari lebihan makanan kami. Ini kerana anjing kami berdikari, boleh mencari makan sendiri. Kawasan kebun dan dusun banyak makanannya.
Anjing kami taklah garang sangat. Salaknya je yang bising. Kalau kita buat tak kesah dia pun diam. Tapi jangan lari, sudah tentu mereka kejar.
Orang kampong tahu perangai anjing, jadi mereka buat tak kesah bila anjing menyalak. Mungkin pencuri takut kepada anjing kerana anjing ada pengesan khas yang kenal pencuri.
Anjing kami tidak ditambat. Ianya berkeliaran di keliling rumah dan dusun. Inilah bangusnya kerana sejak ada anjing, binatang merbahaya seperti ular, biawak dan sebagainya takut hendak menghampiri rumah kami. Binatang inilah bahan makanan anjing, sekurangnya itulah makanan anjing kami.
Rumah kampong mempunyai kawasan yang luas.
Jadi anjing yang berkeliaran tidak mengganggu jiran. Di samping itu jiran juga memeliha anjing.
Rumah kami tinggi dan mempunyai tiang. Di bahagian bawah rumah kosong untuk meletak basikal atau motor saja. Jadi anjing tak masuk naik rumah. Mereka berkeliaran di bawah rumah sahaja.
Anjing pandai menjaga kebersihan dan tidak berak atau kencing merata-rata. Biasanya mereka berak di kawasan kebun dan tidak di kawasan rumah atau berhampirannya.
Tapi sejak kami berpindah tinggal di Lubuk pada tahun 1977 kami tidak lagi memelihara anjing kerana ketiadaan kawasan dan kami mempunyai jiran yang rumah mereka sangat berhampirang dengan rumah kami. Lagi pun tatkala itu anjing tidak lagi berperanan sebagai mana semasa kami tinggal di Changkat Petai dulu.
AMPS 080726
No comments:
Post a Comment