MENYESAL LAMBAT MULA
Petikan Perbincangan IKIMfm 20110314
Seorang doctor wanita menyatakan sesalannya kerana hanya mula belajar memasak ketika beliau sedang menuntut di Universiti Aberdeen dan bukan sebelumnya. Sekarang beliau menggalakkan anak2nya walaupun berumur 6 tahun membantunya memasak, sambil mempraktikkan pelbagai ilmu termasuk mengira (timbangan, campor, dll). Anak2nya sangat gumbira berbuat demikian.
Inilah aktiviti yang menguntungkan.
Seorang sahabat saya pula menyesal lambat membuka klinik pergigiannya kerana mahu terus berkhidmat dengan kerajaan. Kalaulah tahu indahnya hidup dengan membuka klinik sendiri sudah tentu beliau berbuat demikian selepas tamatnya kontraknya dengan kerajaan. Sekarang jam kerjanya singkat dan beliau dapat banyak masa menguruskan keluarga dan anak2.
Dan ada banyak masa untuk memasak, satu tugas yang sangat besar faedahnya.
Dah ramai juga leni mereka yang mula memasak sendiri di rumah bagi mendapatkan makanan yang berkhasiat bersih suci yang ada bahan racun minimal (tak dapat elak).
Resepi pun dah banyak melambak di Internet atau majalah/akbar/buku. Yang perlu ialah pilih dan cuba mana yang diminati. Hasilnya akan menakjubkan terutama segi kebersihan dan pilihan zat makanannya. Bahan racun pula dapat dihindarkan, jika mahu.
“Kalaulah aku tahu faedahnya dah lama aku buat”.
Petikan Mahligai Kasih IKIMfm 201103151000 diolah semula dan ditambah tokok.
No comments:
Post a Comment