Cakap tak sama bikin
Kita mesti buat apa yang kita cakap. Inilah yang kita selalu katakan dan nasihatkan semua orang dan apa yang kita hendak semua orang lakukan.
Berbuat apa yang kita katakan adalah tindakan perbuatan yang baik. Dan jika kita memberi nasihat sedemikian kepada terutamanya gulungan belia atau kanak2, ianya adalah satu nasihat yang sangat baik. Dan kalau mereka ikut nasihat itu pastinya ianya satu ikutan yang sangat baik.
Nak beri nasihat sedemikian kepada orang dewasa perlu berhati2 sedikit kerana mereka makan garam lebih dahulu dari kita, walaupun mereka makan garam jenis lama dan mungkin kita makan garam kualiti baru yang terbaik. Garam jenis baruni kita gunakan sedikit pun dah cukup untuk memasinkan makanan dan kesannya ianya, ia boleh mengurangkan risko penyakit.
Kita kata atau suruh: “Jangan cakap tak serupa bikin”. Bila orang lain bikin tak saperti mana dia cakap kita akan dukacita atau marah!.
Tapi adakah kita pernah bikin apa yang kita tak cakap?
Contohnya:
Bila kita nak meninggalkan keluarga di kampung yang kita lawati misalnya, sebelum berpisah dengan mereka kita akan kata “JALAN DULU”. Tetapi kita tak jalan pun. Maksudnya kita tak berjalan kaki tetapi kita beredar menggunakan kereta atau motosikal. (Kecualilah kita benar2 berjalan kaki).
Kenapakah kita berkata “jalan dulu” jika kita sabenarnya tak berjalan. Inilah “cakap tak serupa bikin”. Kita lafazkan nak berjalan dulu tapi kita naik kereta atau motor. Sepatutnya bila kita kata “jalan dulu” kenalah kita berjalan kaki.
Banyak lagi keadaan yang kita nyataka apa yang kita tak maksudkan.
Saya suka kacau kawan saya bia suruh dia ponteng air.
Ponteng maksudnya tak datang atau tuang.
Jadi bila saya suruh dia ponteng air dia akan tergaman tak tahu maksud suruhan saya. Saya akan suruh dia beberapa kali. Kalau dia tak faham juga saya akan katakan padanya: “apa maksud “ponteng”. Kalau dia tak tahu saya akan katakan: “ponteng = tuang’. Jadi “ponteng air” = “tuang air” = tuangkan air dalam gelas/cawan/dll”
Baru dia faham. Dan gelak kelakar!
Tapi percakapan sebegini hanya saya sebut kepada orang tertentu sahaja kerana ianya mendatangkan berbagai kesan. Orang yang kita boleh melawak boleh kita katakan sebegini. Jadi kenalah pilih orangnya dulu. Juga kena pilih suasananya. Kalau kawan saya tak suka saya tak akan bercakap sedemikian. Nanti dapat dosa pula.
Baru2 kawan saya seorang Nazir masjid, mengumumkan supaya mereka yang akan menunaikan haji untuk memberi nama mereka kepada Setiausaha masjid kerana pehak masjid nak adakan jamuan kecil untuk mereka. Saya berkata dalam hati “Kalau beri nama kepada setiausaha masjid, maka bila bakal haji tersebut akan ke Mekah tanpa nama sebab namanya dah diberikan kepada Setiausaha Masjid”.
Saya pernah berkata kepada Nazir tersebut yang sekolah di kampongnya dia yang punya. Sebabnya: Sekolah tersebut menggunakan namanya sebagai nama sekolah itu. Sekolah Menengah K?????. Nama Nazir juga K?????. Tapi mereka nama saja sama orangnya lain. Dia kata "Memang betul". Percakapan begini meningkatkan kemesraan hubungan silaturahim kami.
Bila saya ajukan hal ini kepada Nazir dia senyum sahaja. “No Komen”. Setiausaha Masjid pula gelak sahaja.
Banyak lagi benda yang "kita buat apa yang kita tak cakap" atau "yang kita cakap lain tapi buat lain".
Oleh kerana ianya menjadi kebiasaan kita maka ianya menjadi perkara yang tak janggal dan tak salah. Asalkan orang faham cukuplah.
Dulu kita tak ada kenderaan, jadi bila kita nak berpisak kita katakan “Jalan dulu” sebagai satu penghormatan. Tetapi sekarang kita tak tukarkan kepada “Pandu kereta dulu” atau "kayuh (sampan atau basikal) dulu". Janggal bunyinya, sebab tak biasa. Kalau kita cakap pun orang tak faham dan tak terima ungkapan tersebut.
Jadi teruskan “bercakap tak serupa bikin” yang telah diterima pakai dan masih boleh diterima pakai lagi. Asalkan ianya perkara yang baik dan tak mendatangkan dosa.
Kita dah banyak hilang istilah Melayu kita saperti Tetuang Udara, Kereta Lereng, Rumah Pasung dan sebagainya (repoh? = belukar). Ini Termasuklah http://aussieproxy.com/?__new_url=aHR0cDovL3BhbmRha2NoYW5na2F0cGV0YWkuYmxvZ3Nwb3QuY29tLzIwMDkvMDMvbWFoYXJhamEtbGVsYS5odG1s
Sayang juga kita kehilangan istilah lama tersebut. Orang sekarang tak tahu maksudnya pun dalam dalam kamus pun dak tak tersenarai.
Yang sepatutnya tak disenaraikan ialah istilah "Maharajalela' pembesar Melayu Perak yang sangat berpengaruh.
No comments:
Post a Comment