GELANG GETAH

GELANG GETAH
Alat untuk kita sentiasa bersikap dan berfikiran positif.

PEJABATKUcing

PEJABATKUcing
Sahabatku, Gemok. (te)Tikus di hadapannya

Thursday, June 11, 2009

PERSEKITARAN KITA

PENGARUH PERSEKITARAN


Yang ada pada manusia apabila ia lahir ke dunia ini adalah anggota badannya dan rohnya. Ia keseorangan tanpa apa-apa. Tanpa kuasa, tanpa tenaga, tanpa pengaruh. Ianya lemah, “helpless” menunggu masa untuk mati.


Kecualilah jika ia mendapat pertolongan alam sekitarnya. Pertolongan utama ialah yang datang dari pehak ibubapanya dan saudara maranya.


Nabi Muhammad dilahirkan tanpa kehadiran bapanya tapi baginda ada ibunya, Aminah dan ramai saudara maranya. Baginda dapat makanan susu manusia dari Halimatul Saadiah. Bapa saudaranya menjaganya dengan baik sehingga baginda besar. Seorang janda kaya dan pengusaha terkenal, Khadijah melengkapkan penjagaan hidupnya ketika baginda berumur 25 tahun Kamariah (24 tahun masehi). Baginda juga mendapat pemeliharaan dan bantuan malaikat dan Tuhannya, Allah.


Bagitu jugalah keadaan kita, manusia. Kita semua adalah lemah-helpless semasa kita dilahirkan. Jika kita tak dibantu makluk lain maka mengikut adatnya, kita akan mati beberapa jam selepas kita dilahirkan.


Berbeza dengan anak kucing atau anjing atau lembu dan binatang lainnya. Mereka lebih kuat dari kita manusia. Lembu boleh bangun berlari beberapa minit atau jam selepas ianya dilahirkan. Manusia biasanya mengambil masa 10 bulan untuk berbuat demikian.


Itulah kekurangan manusia berbanding dengan binatang.



***************


Akan tetapi manusia adalah kalifah di bumi ini. Maka kita sebagai manusia-khalifah telah diberi keupayaan untuk membahu kewajipan sebagai kalifah alam ini. Bagi manusia yang menggunakan keupayaan yang dibekalkan ini dengan sepenuhnya, ia akan menjadi khalifah yang berjaya. Bagi yang gagal berbuat demikian maka ia sudah tentu akan gagal menjadi khalifah dunia. kecuali jika ia sedar akan kegagalan tersebut dan berusaha membaiki dirinya secara sendiri atau dengan bantuan manusia lain.

Kita balik ke tajuk lemah-helpless tadi.


Manusia lemah dan helpless ketika dilahirkan ke dunia ini. Kita perlu ditetekkan oleh ibu kita atau zaman moden ini anak-anak kita yang baru lahir diputingkan dengan susu kembu atau susu kambing yang diproses dan ditinkan. Apabila besar sedikit dan anggota perutnya menjadi lebih kuat, manusia disuapkan makanan. Masa itu dia tak ada pilihan, makanlah apa yang disuapkan. Beri racunpun dia akan makan. Sebab apa? Sebab ia masih lemah helpless. Nasib baiklah menjaganya berhati perut menyuapkannya makan yang terbaik sahaja.


Keadaan manusia yang lemah helpless ini berpanjangan sehingga beberapa tahun. Ada yang sampai 20 tahun baru ianya berdikari. Ada pula yang mengambil masa yang lebih panjang untuk berdikari. Dan ada yang sampai tua bangka pun belum dapat berdikari.



Bersambung . . . . . .



Dari keadaan lemah helpless ini manusia mula banngun dan memperlengkapkan diri.


Proses ini mengambil masa yang agak lama. Manusia yang pada mulanya hanya dalam keadaan terlentang menangis ketika lapar dan tidak dalam keadaan selesa mula berlawan usaha. Ia mula menairap, merangkak, bertatih, berdiri dan kemudian berlari.


Otaknya pula mula berfungsi. Dari tak tahu kepada tahu. Dari berfikiran lurus menjadi penipu dan pembohong (bukan semua, bergantung didikannya dan suasana keliling). Syaitan dan malaikat saling berganti membisik dan menasihatinya. Kawan dan saudara mara mula mempengaruhinya ada yang baik dan ada yang tak baik.


Mulalah ia dipengaruhi oleh alam kelilingnya.


Kenapakah kebanyakan orang Melayu tak tahu bahasa China? Kenapakah orang Cina dan India di Malaysia pandai bahasa Melayu, kadangkala ada yang lebih fasih dari orang Melatu sendiri? Jawabnya kerana mereka berusaha belajar. Kita sama-sama telanjang bulat* dulu tapi siapa yang berusaha dapatlah apa yang diusahakan. Kita sama-sama tak tahu apa-apa dulu, kita lemah helpless tapi siapa yang berusaha dapatlah apa yang diusahakan. (* semasa lahir semua orang telanjang bulat).


Alam sekitar terbuka luas untuk manusia mengambil faedah darinya. Mulanya manusia tiada apa-apa. In memerlukan bantuan manusia lain untuk hidup. Kemudian ia mula belajar untuk hidup sehingga ia berdikari.


Untuk hidup ia belajar bahasa pertuturan, biasanya bermula dengan bahasa penjaganya, tak misti bahasa ibu bapanya sebab terdapat juga sekarang ini anak keturunan Cina tak tahu cakap China terutamanya yang di ambil anak angkatkan oleh keluarga Melayu. Ini berlaku pada tahun 40an dan 50han dulu, sekarang dah tiada kerana orang Cina dak kayaraya dan berdikari dan bijak pandai. Kawan keturunan baba Melaka saya pun tak tahu cakap Cina.


Bersambung . . . . . .










No comments:

. KENANGANKU DITULIS SUPAYA KU TAK TERLUPA . . . 067:003 "Dia lah yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang berlapis-lapis. Engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah. Jka engkau ragu, maka ulangilah pandanganmu – dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan?"[Al Mulk:003]

ASAL NAMA CHANGKAT PETAI

ASAL NAMA CHANGKAT PETAI

NEGERI ASALKU

NEGERI ASALKU

YANG DIMINATI

YANG DIMINATI
Petikan Dari Buku Keluaran MARDI

About Me

My photo
Ase dari Kuala. Lahir di Changkat Pete. Besor di Kuala, sekolah Tanah Merah, Lubuk, Padang Assam, Clifford, St Georges (Taiping), STAR (Ipoh), MPPP (Penang). Meranto pula ke K Bharu dan KL/Pj/Selangor. Sekarang dah pencen tapi masih belajor. Rindukan duduk di kampong tapi ini hanya menjadi angan2

PANDAK CHANGKAT PETAI