GAMBARs NOSTALGIA
Teman kena simpan gambar-gambar teman di Padang Maya nampaknya. Supaya ia tak mudah rosak atau hilang. Tempatnya teman tak tahu. Yang teman tahu teman masuk aje ke dalam blog teman dan disimpankanlah. Inilah gambar kenangan yang teman ade. Mike/Anda pun boleh buat macam teman simpan di Padang Maya. Dulu teman nak namakan tempat simpanan tersebut Padang Mahfuz tapi segan takut ada orang yang marah pulak nak kaitkan dengan Loh Mahfuz. Gambar pertama gambar di kampung teman, Lubuk. Di sawahtulah teman main layang-layang dengan Lon (Jamaluddin Mohd Bakir) waktu tengah hari lepas sekolah tingkatan satu. Sekarang tempat teman berdiri ambil gambar tersebut ada jalan ke Geliong, Beluru dan Ipoh/Sungai Siput. Di seberang sawah tersebut ialah Sungai Chempias yang mengalir melalui kampung teman yang satu lagi, Tanah Merah terus ke Sungai Perak bertemu di Kota Lama Kanan sori, Kota Lama Kiri dekat Rumah Anak Yatim K. Kangsar. Di sebelah sana gunung pula terletak Stesen Kereta Api Kuala Kangsar. Malam-malam boleh dengar wiselnya.
Klik rajah sebelah untuk melihat
pilihan tentang gambar yang
diposkan/bentangkan.
Klik rajah sebelah untuk melihat
pilihan tentang gambar yang
diposkan/bentangkan.
Gambar kenangan
sempena perlawalan
bola sepak antara Blok C
dan Blok D (Donkey)
tahun 1970.
Bila teman tengok gambar-gambar tersebut baru teman tahu:
1. Ada yang telah meninggalkan teman dan dunia ini
2. Ada yang dah jadi Datok, Dato', Datuk atau Datok bercucu
3. Ada yang dah kaya raya. Yang miskin mungkin tak ada. Yang bangkrup ade
4. Ada yang dah pindah tinggal/Kerja di luar negeri
5, Ada yang kalau teman jumpa dah teman tak kenal, dan sebaliaknya
6. Yang sama belajar, jadi doktor (PhD), penyarah.
7. DSBnya.
Dan ramai kalau dah pun pencen tapi belum tamat tempoh. Kata Pak Daud (Kapten Daud) RTM (Rehat tunggu mati)
Diharap semua hidup bahagia dunia akhirat.
Nak kenal teman carilah. Gambar teman ada di kesemua gambar-gambar tersebut kecuali gambar pertama yang mana teman jadi juru kameranya.
Harap dapat bertemu kawan-kawan lama.
No comments:
Post a Comment