Orang zaman dahulu sangatlah rajin dan berdikari. Mereka berusaha bersungguh-sungguh untuk hidup dan kehidupan mereka banyak yang berbentuk gotong royong.
Ini termasuklah penduduk kampung teman dan sekitarnya.
Penduduk kampung teman semuanya saudara dan ada kaitan darah daging, kecualilah ada beberapa keluarga orang Jawa yang mendatang dari tanah Jawa pada tahun empat/lima puluhan dahulu. Satu keluarga pengatanglain yang teman tahu ialah Pak Abu Ipoh yang datang dari Ipoh. Ia menjaadi iman Jumaat kami dan pengurus kilang padi syarikat kerjasama kampung kami. Ia juga pandai bertukang rumah. Kadang-kadang kami panggil beliau Pak Abu Tukang.
Ini bermaksud kampong kami telah dibuka oleh sekumpulan keluarga yang bersaudara. Mereka telah membuka kampung Lubuk Merbau, Tanah Merah, Sungai Akar dan Geliong yang direntasi oleh sebatang sungai, Sungai Chempias. Sayangnya tidak ada catatan atau cerita tentang asal usul mereka ini. Yang diketaui ialah kesannya menjadikan kami yang tinggal di kampung tersebut sekarang semuanya bersaudara.
Pada masa itu penjajah British belum datang ke Perak lagi.
Kumpulan ini membuka tanah di sepanjang Sungai Chempias dan menjalankan kegiatan menanam padi. Pada masa itu tanaman getah belun dimulakan. Apabila getah diperkenalkan di Malaya kampung teman ditanam pula dengan pokok getah dan kegiatan orang kampong menjadi petani, pesawah dan penoreh getah.
Mereka menanam padi sekali setahun. Ini dibuat sehinggalah pada pertengahan tahun 1950 dimana kerajaan mula mengalakkan menanam padi dua kali setahun.
Pada masa dahulu penduduk kampung tidak menerima apa-apa bantuan. Semuanya dibuat sendiri dan mereka buat secara gotong royong. Ini termasuklah menanam padi meniau padi dan menyediakan mengaliran air ke sawah padi.
Sistem pengalliran air ke sawah padi sangatlat untk dan menggambarkan kebijaksanaan mereka pada masa itu.
Mereka tidak banyak bergantung kepada air hujan atau air suak/paya untuk mendapatkan air untuk sawah mereka.
Apa yang mereka buat ialah mengangkatkan paras air Sungai Chempias dan mengalirkan air tersebut ke sawah mereka. Paras sawah mereka adalah lebih tinggi dari paras air sungai. Sistem ini dinamakan jojoi. Jojoi adalah satu struktur yang dibuat dari kayu dan batang bakau yang dibena melintang sungai supaya air sungai meningkat parasnya. Air tersebut kemudiannya di alirkan melalui parit (atau sekaran dinamakan tali air) ke sawah. Prinsip asasnya samalah dengan sistem ampangan sekarang ini dimana paras air dinaikkan.
Yang menariknya ialah ketekunan dan daya usaha orang dadulu membena jojoi tersebut dan paritnya. Parit yang dikorek bukanlah pendek tapi dibuat sepanjang sawah padi mereka. Ia sudah tentu memerlukan tenaga yang banyak dan mengambil masa yang panjang. Tapi semua ini dibuat oleh mereka secara bergotong royong.
Yang teman ingat di Tanah Merah ada tiga jojoi, di Gias satu, di Sungai Akar satu dan di Geliong satu.
Tapi sekarang semuanya dah lupus kerana ada ampangan yang di bena Kerajaan.
No comments:
Post a Comment